biru kelabu merah khaki ungu  rssfb

BANNERATAS1b

Malay Chinese (Simplified) English

PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataa’ala kerana dengan limpah kurniaNya, Laman Web PLANMalaysia@Kedah (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah Darul Aman) dapat juga dilancarkan. Tahniah di atas usaha jitu segenap lapisan pegawai.

Laman Web PLANMalaysia@Kedah ini disediakan sebagai platform bagi orang ramai mendapatkan informasi dan maklumat berkaitan aktiviti perancangan pembangunan yang berlaku di Negeri Kedah Darul Aman. Selain itu, laman web ini juga turut menerangkan kepada orang awam berkenaan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan di jabatan ini.

Saya amat berbesar hati kerana PLANMalaysia@Kedah telah berjaya melaksanakan segala sasaran kerja yang ditetapkan dengan baik. Pemprosesan ulasan kebenaran merancang, penyediaan Rancangan Pembangunan (Rancangan Struktur , Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas) serta menasihati kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam projek -projek pembangunan telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang sekali.

Sehingga kini, Jabatan telah berjaya di dalam usaha-usaha untuk meningkatkan kemajuan awam serta layanan kaunter yang berkualiti dan inovasi adalah merupakan antara contoh yang telah dan sedang dilaksanakan.

Bagi tahun-tahun mendatang, cabaran-cabaran di dalam bidang teknologi maklumat memainkan peranan yang aktif di dalam menasihati kerajaan tempatan, penyediaan Rancangan Pembangunan perlu disahut oleh kita semua. Jabatan juga perlu dilengkapi dengan peralatan yang berteknologi terkini di dalam usaha melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

Akhir kata, saya berharap laman web PLANMalaysia@Kedah (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah Darul Aman) ini akan berjaya di dalam mencapai objektifnya dan harus dikemaskini secara berterusan sebagai kesinambungan kepada wadah pemberi maklumat yang terkini.

Sekian, terima kasih.

HAJAH ASNI BINTI MUSTAFA, BCK.                                                                                                                                                                                                         

Pengarah PLANMalaysia@Kedah                                                                                                                                                                                                                               

(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah Darul Aman)


 kwp logo   2jpa   3jata   4mampu   myHealth   6mof   7lhdn   8spkb   9hrmis   10epero   11spp   kedah logo 9E3D6D4C16 seeklogo     14oscc  15msc   16w3c   17anm   18spa