biru kelabu merah khaki ungu  rssfb

BANNERATAS1b

Malay Chinese (Simplified) English

LATAR BELAKANG 

Perancangan Bandar dan Desa di Negeri Kedah Darul Aman bermula selepas Perang Dunia Kedua apabila pejabat Wilayah Utara dibuka pada tahun 1956 di Pulau Pinang. Pejabat ini bertempat di Fort Conwallis, Pulau Pinang memberi khidmat perancangan kepada Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Encik Walter Fairbank.

Pada 1 Januari 1965, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Kedah/Perlis ditubuhkan. Pejabat pertamanya terletak di belakang bangunan Pejabat Majlis Bandaran Alor Setar di Jalan Langgar, Alor Setar. Jabatan ini ditadbir oleh Encik Chung Weng Foo, Pegawai Perancang Negeri Pulau Pinang dengan di bantu oleh seorang kadet teknikal dan 8 orang kakitangan lain.

Pada 30 Ogos 1967, Jabatan Perancang dan Kampong Kedah/Perlis telah berpindah ke Tingkat 2, Bangunan Kerajaan Negeri di Jalan Sultan Badlishah Alor Setar bersebelahan dengan Bangunan Persekutuan. Ketika ini anggota petugasnya telah bertambah menjadi 11 orang dan Pengarahnya ialah Encik Ishak bin Ariffin.

Pada 1 Januari 1969, Jabatan Perancangan Bandar dan Kampong Kedah dan Perlis telah dipisahkan mengikut negeri masing – masing. Pada waktu itu, ianya kini dikenali sebagai Jabatan Perancang Bandar dan Kampong Negeri Kedah dan Jabatan Perancang Bandar dan Kampong Negeri Perlis.

Pada 1 Februari 1975, perkataan 'Kampong' dalam nama Jabatan telah digantikan dengan 'Desa'. Pada 9 Januari 1983, jabatan ini sekali lagi berpindah ke Aras 10, Bangunan 12 tingkat yang kini dikenali sebagai Bangunan Sultan Abdul Halim. Pada tahun 1995, perkataan Perancang dalam nama jabatan telah digantikan dengan Perancangan.

Pada 25 Januari 2017, kabinet telah meluluskan penjenamaan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD) kepada PLANMalaysia. Penjenamaan semula ini telah dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar pada 20 Mac 2017. Secara tidak langsung, penjenamaan jabatan di peringkat persekutuan tersebut turut melibatkan penjenamaan Jabatan Perancangan Bandar & Desa di peringkat negeri. Oleh itu, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah kini dikenali sebagai PLANMalaysia@Kedah.

Jabatan ini pada ketika ini dianggotai oleh 54 orang kakitangan yang terdiri daripada 41 orang anggota teknikal dan 13 orang kakitangan pentadbiran am dan kewangan. Kumpulan Pengurusan dan Profesional seramai 10 orang adalah merupakan Pegawai Perkhidmatan Pengurusan yang dipinjamkan kepada Kerajaan Negeri.


 kwp logo   2jpa   3jata   4mampu   myHealth   6mof   7lhdn   8spkb   9hrmis   10epero   11spp   kedah logo 9E3D6D4C16 seeklogo     14oscc  15msc   16w3c   17anm   18spa