biru kelabu merah khaki ungu  rssfb

BANNERATAS1b

Malay Chinese (Simplified) English

Jenis-Jenis Rayuan

 


1. Rayuan oleh Pemohon Terhadap Keputusan PBPT

[ Seksyen 23(1)(a) Akta 172 ]

Rayuan oleh pemohon pemajuan terhadap keputusan PBPT yang enggan beri kebenaran merancang atau merayu terhadap syarat yang dikenakan.

[ Seksyen 23(1)(b) Akta 172]

Rayuan oleh seorang pemunya tanah bersempadanan yang telah membuat bantahan.

 

2. Amaun Pampasan

[ Seksyen 25(9) Akta 172 ]

Bila mana seseorang itu, terkilan dengan amaun pampas an atau pembayaran balik yang telah dibayar atau ditawarkan akibat dari penarikan balik dan pengubahsuaian kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan.

 

3. Notis Permintaan

[ Seksyen 30(2) Akta 172]

Bila mana seseorang itu terkilan dengan penerimaan notis permintaan yang dikeluarkan oleh PBPT di bawah Seksyen 30(1) Akta yang :-
- Meminta supaya dihentikan penggunaan sesuatu tanah itu atau;
- Mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang
berterusan; atau
- Menghendaki diambil langkah-langkah perlu yang dinyatakan dalam
notis permintaan itu yang melibatkan ubahsuaian atau alihan kepada
bangunan atau kerja.

 

4. Amaun Pampasan Akibat Notis Permintaan

[Seksyen 30(7) Akta 172]

Bila mana seseorang itu terkilan dengan pampasan yang ditawarkan di bawah Seksyen 30(6) akibat dari susutan nilai tanah yang terbit dari memenuhi notis permintaan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 30(1) Akta.

 

5. Terkilan Dengan Perintah Pemeliharaan Pokok

[Seksyen 35C Akta 172]

Bila mana seseorang itu terkilan dengan:
- Sesuatu perintah pemeliharaan pokok atau mana-mana peruntukan dalam
suatu perintah pemeliharaan pokok.
- Penolakan pemberian kebenaran bertulis oleh PBPT terhadap permohonan
untuk menembang pokok yang tertakluk kepada perintah pemeliharaan pokok.
- Suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di dalam suatu
perintah pemeliharaan pokok.

 

6. Pampasan Di Bawah Perintah Pemeliharaan Pokok

[ Seksyen 35D (3) Akta 172]

Bila mana pemunya tanah tidak berpuashati dengan amaun pampasan yang diawardkan oleh PBPT di mana pemunya tanah telah mengalami kerugian berupa kesusutan dalam nilai tanahnya.

 

7. Rayuan Terhadap Perintah Menggantikan Semua Pokok

[ Seksyen 35E (3) Akta 172]

Bila mana orang yang telah didapati bersalah di bawah Seksyen 35A (4) kerana menebang pokok yang tertakluk kepada perintah pemeliharaan pokok yang dikehendaki menggantikan pokok itu dengan menanam suatu pokok lain, yang terkilan dengan;
- Penolakan permohonannya untuk mengenepikan keperluan menggantikan
pokok itu;
- Mana-mana perintah dan syarat oleh PBPT berhubung penggantian pokok itu;
- Penolakan permohonannya oleh PBPT untuk melanjutkan tempoh masa
menggantikan pokok itu.


 kwp logo   2jpa   3jata   4mampu   myHealth   6mof   7lhdn   8spkb   9hrmis   10epero   11spp   kedah logo 9E3D6D4C16 seeklogo     14oscc  15msc   16w3c   17anm   18spa