biru kelabu merah khaki ungu  rssfb

BANNERATAS1b

Malay Chinese (Simplified) English

Unit Lembaga Rayuan

Pengenalan

  • Lembaga Rayuan merupakan satu badan yang diwujudkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang mempunyai sifat-sifat sebuah ’inferior tribunal’ dan melaksanakan fungsi ’quasi judicial’. Perkara-
    perkara yang dibawa kepada Lembaga Rayuan adalah berkaitan dengan pertikaian yang timbul antara dua pihak iaitu Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dengan pihak awam yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta 172.
  • Dalam konteks yang lain, Lembaga Rayuan dilihat sebagai pelengkap kepada proses perancangan yang matang. Sejak Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1985, satu lembaran baru telah wujud di dalam proses perancangan bandar di Malaysia. Penglibatan badan penghakiman di dalam lembaga Rayuan telah membentuk elemen demokrasi (hak bersuara) orang awam terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan.
  • Di Negeri Pulau Pinang , Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) telah diterimapakai dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 1985. Seksyen 36 Akta tersebut memperuntukan suatu Lembaga Rayuan hendaklah ditubuhkan bagi mendengar dan memutuskan rayuan yang dibuat oleh pihak terkilan dengan keputusan Pihak Berkuasa Tempatan. Bermula dengan penubuhan Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang yang merupakan Lembaga Rayuan yang pertama di negara ini maka bermulanya hak-hak untuk merayu bagi pihak-pihak yang terkilan tersebut . Kaedah Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang mula diwartakan pada tahun 1989 dan kes pertama hanya dapat didengar pada tahun 1991.

Fungsi

  • Lembaga Rayuan ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada orang awam yang terkilan atau tidak berpuas hati di atas keputusan Permohonan Kebenaran Merancang yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Ia juga akan menimbang kes-kes tersebut dan akan membuat keputusan dengan adil berdasar perbicaraan.

Bidang Kuasa Lembaga Rayuan

  • Sebagai satu badan berkecuali (independent body), Lembaga Rayuan yang diwujudkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bertindak sebagai satu tribunal bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana dinyatakan di bawah Akta 172 dan Akta (Pindaan) A933, Akta Perancangan Bandar dan Desa seperti berikut:-
  1. Notis Permintaan
  2. Rayuan Oleh Pemohon Terhadap Keputusan Majlis (Seksyen 23(1)(A) & (B)
  3. Amaun Pampasan (Seksyen 25(9))
  4. Amaun Pampasan Akibat Notis Permintaan (Seksyen 30(7))
  5. Rayuan Terhadap Perintah Pemeliharaan Pokok (Seksyen 35 C)
  6. Pampasan Di bawah Perintah Pemeliharaan Pokok (Seksyen 35 D)
  7. Rayuan Terhadap Perintah Menggantikan Semula (Seksyen 35 E)

Berikut adalah proses kerja di unit Lembaga Rayuan:-

 


 kwp logo   2jpa   3jata   4mampu   myHealth   6mof   7lhdn   8spkb   9hrmis   10epero   11spp   kedah logo 9E3D6D4C16 seeklogo     14oscc  15msc   16w3c   17anm   18spa