BANNERATAS1b

Malay Chinese (Simplified) English

SEMINAR PENAMBAHBAIKAN PENYEDIAAN LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) 2019

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’ / Tuan / Puan,

PLANMalaysia@Kedah (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Am JPBD Negeri Kedah (PERKAS) akan menganjurkan Seminar Penambahbaikan Penyediaan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) 2019.

Sehubungan itu, YBhg. Dato’ / Tuan / Puan adalah dijemput untuk menyertai seminar tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 22 Ogos 2019 (Khamis)

Masa : 09.00 pagi – 2.00 petang

Tempat : TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar.

Pendaftaran boleh dibuat melalui borang penyertaan yang boleh dimuat turun melalui pautan ini atau dengan mengisikan borang atas talian di pautan https://forms.gle/bYBhQpir4kdjMvZT7 .

Tempat adalah terhad. Pendaftaran bagi penyertaan seminar ini hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 20 Ogos 2019 (Selasa).

Jika YBhg. Dato’ / Tuan / Puan mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan, pihak YBhg. Dato’ / Tuan / Puan boleh menghubungi urusetia seminar iaitu Encik Mawardi Said (013-4053396), Puan Normimizalila Zakariah (013-5889796) dan Cik Siti Hajar Samsudin (019-4174417).

Sekian, terima kasih.

 

 


 kwp logo   2jpa   3jata   4mampu   myHealth   6mof   7lhdn   8spkb   9hrmis   10epero   11spp   kedah logo 9E3D6D4C16 seeklogo     14oscc  15msc   16w3c   17anm   18spa