biru kelabu merah khaki ungu  rssfb

BANNERATAS1b

Malay Chinese (Simplified) English

KURSUS TRANSFORMASI DATA AUTOCAD KEPADA GIS

 

ALOR SETAR: [17-07-2018] -- Sekitar hari pertama sesi Kursus Transformasi Data Autocad kepada GIS. Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit Teknologi Maklumat Gunatanah PLANMalaysia@Kedah dengan kerjasama daripada Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN), PLANMalaysia.

Peserta terdiri daripada wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah, staf-staf dalaman dan turut disertai Unit Maklumat Gunatanah Negeri, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah.

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada PBT berkenaan kaedah yg betul dalam mentransformasi data Autocad kepada GIS bagi kerja-kerja kemaskini data gunatanah di pejabat masing-masing. Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh peserta-peserta kursus dalam kerja seharian mereka.

Kursus berlangsung selama dua hari iaitu sehingga esok (18/07/2018).

 


 kwp logo   2jpa   3jata   4mampu   myHealth   6mof   7lhdn   8spkb   9hrmis   10epero   11spp   kedah logo 9E3D6D4C16 seeklogo     14oscc  15msc   16w3c   17anm   18spa