biru kelabu merah khaki ungu  rssfb

BANNERATAS1b

Malay Chinese (Simplified) English

LAWATAN KERJA TEKNIKAL KE IRDA

JOHOR BAHRU, 26 April: Perwakilan dari PLANMalaysia@Kedah seramai 26 orang, diketuai oleh Timbalan Pengarah (Perancangan) En. Abd Talip bin Abd Rahman pada hari ini telah mengadakan kunjungan ke Iskandar Regional Development Authority (IRDA).

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mendengar dan mempelajari pengalaman eksklusif IRDA dalam merancang dan membangunkan Wilayah Iskandar sejak 12 tahun yang lalu. Jabatan memilih untuk melihat sendiri pendekatan yang digunakan IRDA dalam membangunkan wilayah tersebut yang terletak di sempadan negara iaitu di selatan tanah air. Pengalaman yang dipelajari ini seterusnya boleh diaplikasikan dalam membangunkan Bandar Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam yang juga memiliki kriteria yang sama iaitu terletak di sempadan negara.

Jabatan juga berasa amat bertuah dan berterima kasih dengan perkongsian yang begitu informatif yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IRDA, Y.Bhg Datuk TPr. Ismail bin Ibrahim dan Ketua Bahagian Perancangan & Pematuhan IRDA , Puan Maimunah Jaffar. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan dapat diaplikasikan sebaiknya di dalam membangunkan Negeri Kedah.


 kwp logo   2jpa   3jata   4mampu   myHealth   6mof   7lhdn   8spkb   9hrmis   10epero   11spp   kedah logo 9E3D6D4C16 seeklogo     14oscc  15msc   16w3c   17anm   18spa