biru kelabu merah khaki ungu  rssfb

BANNERATAS1b

Malay Chinese (Simplified) English

KURSUS AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015

ALOR SETAR, 17 April. Jabatan telah menganjurkan Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 yang diadakan di Keriang Hill, Alor Setar, Kedah. Seramai 25 orang peserta yang merupakan warga PLANMalaysia@Kedah telah menyertai kursus ini yang bertujuan memberi pendedahan skop dan tujuan audit dalaman dilakukan terutama MS ISO 9001:2015 yang mana jabatan baharu sahaja memperolehi sijil penarafannya oleh pihak MAMPU pada Januari 2018 yang lalu.

Selain daripada membincangkan skop audit dalaman, penceramah En Jaafar juga menerangkan bagaimana sesuatu perkara itu diaudit oleh pihak auditor berdasarkan indikator serta kaedah penetapan nilai (skor) terhadap dokumen atau bukti dokumen.

Kursus ini akan diadakan selama dua (2) hari iaitu bermula pada hari ini 17 April 2018 sehingga 18 April 2018 dan dianjurkan sepenuhnya oleh PLANMalaysia@Kedah (Bahagian Korporat).


 kwp logo   2jpa   3jata   4mampu   myHealth   6mof   7lhdn   8spkb   9hrmis   10epero   11spp   kedah logo 9E3D6D4C16 seeklogo     14oscc  15msc   16w3c   17anm   18spa